Kenali Karies Gigi..

Ramai di kalangan kita yg tidak mengetahui bahawa kita mempunyai karies gigi. Apa yang dapat kita kenal pasti terdapat pada gigi kita adalah perubahan permukaan warna gigi, gigi rapuh atau mudah pecah dan berlubang. Hal ini kerana kebanyakan karies gigi tidak hadir dgn simptom (tanda) melainkan kerosakan yang berlaku pada gigi tersebut telah sampai ke rongga pulpa gigi (di mana salur darah dan saraf berada). Hanya dgn itu, barulah seseorang akan berasa sakit gigi dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Definisi:

Karies gigi (1) adalah kerosakan yg berlaku pada permukaan gigi disebabkan oleh tindakan asid yg dihasilkan oleh bacteria melalui proses metabolismenya menyebabkan gigi mengalami apa yg dikenali sbg proses demineralisasi (kehilangan inorganik mineral) dan kemusnahan organik mineral.  (2) Karies gigi merupakan satu proses yg dinamik dan bersifat multifaktorial, berlaku di atas permukaan gigi dalam rongga mulut dan mengambil masa yg lama utk terbentuk. (3) Dalam sesetengah buku pula menginterpretasikan karies gigi sbg proses pathologi (penyakit) selepas gigi berada dalam rongga mulut disebabkan oleh punca luaran, merangkumi proses pelembutan atau kerapuhan kepada tisu keras gigi dan diikuti oleh  pembentukan lubang.

dinamika proses pembentukan kerosakan gigi
dinamika proses pembentukan kerosakan gigi

lagi penjelasan pembentukan karies gigi

lagi penjelasan pembentukan karies gigi

Punca berlakunya kerosakan pada gigi adalah seperti berikut;

a. gigi yg berpotensi mendapat karies gigi

b. pertahanan badan / immuniti badan

c.  substrat iaitu gula / karbohidrat

d. masa

Hanya dgn kehadiran ke semua faktor-faktor di atas shj, gigi akan menjadi rosak. Tanpa salah satu drp faktor-faktor di atas adalah tidak mungkin gigi akan mengalami kerosakan.

Seperti yg diberitahu di atas,  karies gigi lazimnya tidak hadir dgn simptom tetapi seseorang boleh mengenal pasti bahawa dia mempunyai karies gigi seperti berikut;

1. perubahan kepada warna permukaan gigi (putih –> kekuningan dan lembut –> coklat dan kehitaman)

2. perubahan kepada konsistensi gigi (keras dan kuat –> lembut dan rapuh)

3. gigi berlubang

4. sakit gigi (apabila kerosakan tersebut telah sampai ke rongga pulpa gigi)

5. gigi menjadi sensitif terutama apabila mengambil makanan atau minuman yg sejuk atau panas

6. makanan terperangkap di dalam atau di celah-celah gigi

7. rasa atau bau yang kurang menyenangkan di dalam mulut

perubahan pada warna dan konsistensi gigi
perubahan pada warna dan konsistensi gigi

Komplikasi kerosakan gigi

1. pembengkakan gusi

2. gigi tidak vital

3. gigi terpaksa dicabut

4. penampilan terjejas (estetik)

5. hilang selera makan (kerana gigi sensitif)

Rawatan bagi kerosakan gigi

1. Tampalan (filling) –> membuat lubang dan menampal menggunakan material yg sesuai

2. Rawatan salur akar (root canal therapy/treatment) –> bagi gigi yg tidak vital

3. Cabut gigi –> utk keadaan kerosakan gigi yg serius sekiranya ditampal atau mendapat rawatan salur akar akan memberi prognosis/ramalan yang tidak baik

4. Korona (crown) –> kerosakan pada gigi melibatkan permukaan atau kawasan yg luas/besar

Rujukan

a. Stedman’s Medical Dictionary for the Dental Professions (1), Lippincott Williams and Wilkins Publication 2007

b. Essentials of Dental Caries (2), Third Edition, Oxford University Press 2005

c. A textbook of Operative Dentistry, by ES Akpata

d. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/PenjagaanGigiwargaemas.pdf

gigi yg sihat tanpa sebarang kerosakan.. idamkannya?!!
gigi yg sihat tanpa sebarang kerosakan.. idamkannya?!!

~ by halim87dentist on January 25, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: